SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SEPANJANG MASA

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Info Sistem

1. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Sepanjang Masa (e2PSM) adalah satu sistem pendaftaran pekerjaan bagi pemohon-pemohon yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
2. Pendaftaran hanya sah selama setahun dari tarikh pendaftaran dan pemohon dikehendaki mengemaskini semula sekiranya masih berminat memohon jawatan kosong di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
3. Jawatan kontrak yang ditawarkan adalah bagi semua jawatan (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana) bergantung kepada keperluan jabatan.
4. Pemohon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri Ujian Tapisan & temuduga.
5. Bagi pemohon yang tidak layak (tidak memenuhi syarat lantikan)/ tidak berjaya dalam Ujian Tapisan, makluman tersebut dipaparkan dalam status permohonan pemohon.

Hubungi Kami

Unit : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
No Tel : 04-6505493 / 6505161
Alamat : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Emel : e2psm@penang.gov.my